Hari Pertama Persekolahan SMKHK 2010

4 Januari 2010 menyaksikan sesi persekolahan telahpun bermula. Di SMK Hulu Kelang kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 1 agak memberansangkan dan kehadiran pelajar-pelajar lama juga amat memuaskan. Sebelum ini, para pelajar Tingkatan 1 telah mendaftarkan diri di sekolah pada 2 Januari (Sabtu). Sesi persekolahan telah dimulakan dengan perhimpunan rasmi kali pertama di mana Pengetua SMK Hulu Kelang Pn. Norihan telah menyampaikan amanatnya tentang visi dan misi sekolah. Beliau menyarankan agar semua pihak menjalankan tugas masing-masing dengan penu dedikasi agar prestasi sekolah akan meningkat keseluruhannya. Beliau juga mengingatkan bahawa Tahun 2010 merupakan tahun di mana visi sekolah sepatutnya akan tercapai. Oleh itu semua pihak harus bekerja keras bagi memastikan segala impian sekolah akan dapat dipenuhi, Insyallah.

Informasi Menarik Seluruh Dunia