Majalah Sekolah Imej 2010 - Kewujudan Bentuk Baru

Pada tahun 2009, majalah sekolah IMEJ SMKHK tidak lagi dikeluarkan kerana ketiadaan sumber kewangan bagi menampung kos percetakan. Ini adalah kerana tiada lagi yuran majalah sekolah di dalam yuran sekolah bagi membantu meringankan beban ibu bapa. Namun begitu, ketiadaan majalah sekolah adalah sesuatu kekurangan dan kehilangan besar pada sekolah dari segi imej dan penghebahan maklumat.

Pelajar tidak lagi akan mendapat maklumat tahunan mengenai aktiviti sekolah sekaligus tiada kenangan yang dapat dijadikan memori. Keadaan ini bakal mewujudkan perasaan tidak sensitif kepada perubahan dan aktiviti sekolah dan mengurangkan semangat cintakan sekolah.

Oleh itu, SMKHK sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan majalah sekolah secara digital dan dijual dengan harga yang rendah kepada pelajar dengan target separuh dari harga bercetak. Penggunaan cakera padat (CD) tidak lagi memerlukan kertas dan para pelajar akan disajikan dengan muka surat berwarna sepenuhnya tanpa sebarang kos tambahan.

Pengeluaran Majalah Imej secara digital ini juga membolehkan orang luar memiliki majalah ini dengan mudah. Di antara cadangan lain ialah Majalah Digital ini juga mungkin dapat dibeli terus dari internet (Blog Lestari SMKHK) dengan harga yang lebih murah. Para pelawat dijemput untuk mengundi bagi menentukan samada majalah sekolah secara digital ini bakal direalisasikan atau tidak. Jika berjaya, SMK Hulu Kelang merupakan sekolah pertama di Malaysia yang akan menggunakan medium internet dan digital bagi mengedarkan Majalah Sekolah. Inisiatif ini juga menyokong ke arah penjimatan, membantu tabung sekolah dan menyelamatkan pokok (kertas).

Informasi Menarik Seluruh Dunia