Hari Keluarga SMKHK 2010

Pada 26-27 Jun yang lalu, warga SMKHK telah mengadakan Hari Keluarga yang bertempat di Tiara Beach Resort. Program yang berlangsung selama 2 Hari 1 Malam itu telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Program dimulakan dengan aktiviti sukaneka yang bermula pada pukul 4 petang. Seterusnya, persembahan dan makan malam telah dimulakan pada pukul 8.30 malam. Diantara persembahan yang berlangsung ialah Tarian & Miming lagu Cek Mek Molek oleh En Kamarudin Makmor, nyanyian karaoke oleh suami guru,permainan dan kuiz dari setiap bidang serta acara penutup dengan tarian poco-poco. Pada hari Ahad pagi, telah berlangsungnya permainan air di antara kategori senior dengan melawan anak guru bagi acara bola tampar air.

Informasi Menarik Seluruh Dunia