Pada 5 Januari 2010, para pelajar tingkatan 1 dr kelas 1 Jujur & 1 Ikhlas telah menjalani program orientasi bagi mendekatkan diri serta mendapat lebih informasi mengenai sekolah. Program telah dijalankan oleh beberapa orang guru dan penolong kanan di mana program telah bermula sebaik sahaja tamat perhimpunan pagi sehingga 1.50 petang. Diharapkan para pelajar tingkatan 1 akan dapat menjalani sesi pembelajaran di SMK Hulu Kelang dengan baik dan berdisiplin.