Malam Amal SMKHK 2010

Informasi Majlis Makan Malam Amal SMK Hulu Kelang 2010

Anda adalah dijemput bagi menyumbang kepada tabung dana PIBG sekolah dengan membeli tiket bagi majlis seperti yang berikut :

Lokasi : Stadium Badminton Tasik Titiwangsa
Tarikh : 22 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : Pendaftaran dibuka pada jam 7.30PM & dijangka tamat sebelum pukul 12.00AM


Jumlah kerusi yang tersedia ialah sebanyak 1000 unit bersamaan 100 meja.
Harga tiket adalah bermula dari RM50 sehingga RM500

Aktiviti yang dirancang ialah Makan Malam (Berhidang atau Buffet), Persembahan daripada artis tanah air, bekas pelajar serta guru yang ingin menyumbangkan aktiviti atau persembahan. Juga akan diadakan cabutan bertuah berdasarkan tiket yang dibeli serta beberapa aktiviti menarik lain yang dijangka akan menghangatkan dan memeriahkan lagi malam amal tersebut.


Informasi Tiket
Secara ringkasnya, tiket akan dijual melalui guru-guru, staff dan AJK PIBG (Agen Rasmi). Caranya ialah anda boleh berhubung dengan mana-mana agen yang anda kenali seterusnya mengisi beberapa butiran di dalam borang yang akan disediakan. tujuan borang pesanan tersebut adalah sebagai langkah keselamatan untuk anda agar tiada duplikasi atau penipuan dari pihak lain. Beserta dengan bayaran tiket yang diberikan, Agen tersebut akan mendapatkan tiket yang dipesan melalui AJK Pemasaran. Tiket akan didaftar di atas nama yang tertera pada borang dan tiket tersebut akan diserahkan kepada anda. Selain melalui agen, anda juga boleh mendapatkan tiket terus di sekolah. Maklumat yang lebih terpeinci akan diupdatekan tidak lama lagi...

Kumpulan Sasaran Malam Amal
- Pelajar & Ibu bapa Pelajar
- Bekas Pelajar & Keluarga
- Guru, Staf & Keluarga
- Bekas Guru, Staf & Keluarga
- Wakil Organisasi
- Individu Perseorangan (Orang Awam) Terbuka

Objektif Malam Amal
Secara ringkasnya Majlis Makan Malam Amal ini diadakan bagi mengutip dana untuk menampung kos penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah serta keperluan P&P bagi manfaat pelajar.

Buat makluman tetamu malam amal semua, ada 3 kawasan utama bagi tempat meletak kereta bagi malam tersebut nanti iaitu sepanjang jalan Jalan Tembeling (sebelah kiri jalan), kawasan parking sebelah kiri stadium dan kawasan taman berhadapan Stadium Badminton. Anda dinasihatkan supaya dapat berkongsi kenderaan agar kesesakan dapat dikurangkan. Di antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah, tetamu semua boleh meletak kereta di bahagian luar kawasan seperti parking di pinggiran Tasik Titiwangsa, Istana Budaya dan beberapa kawasan berhampiran. Seterusnya anda boleh menaiki kenderaan secara berkongsi menuju ke tempat parking utama yang dinyatakan td. Di lokasi parking utama akan disediakan petugas untuk membantu para tetamu mendapatkan tempat parking yang sesuai dan tersusun. Para tetamu diingatkan agar menjaga keselamatan kenderaan dengan baik seperti tidak mendedahkan atau meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan. Sila pastikan kenderaan dikunci dgn baik bg mengelakkan kecurian kerana pihak penganjur tidak dapat bertanggunjawab di atas sebarang kejadian yang tidak diingini. Petugas akan cuba mengawasi persekitaran kawasan parking sebaik mungkin demi keselamatan bersama. Semoga dengan kerjasama semua pihak, keselamatan serta lalulintas pada Malam Amal nanti akan berada di dalam keadaan yg plg baik dan selesa. Insyallah :-)

Manual & Informasi Lengkap akan disediakan tidak lama lagi. Semoga kehadiran tuan puan akan memeriahkan majlis sekaligus menyumbang kepada tabung dana PIBG SMK Hulu Kelang. Semoga jasa anda dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah. Terima Kasih

Sila lawati event di Facebook untuk keterangan lanjut : http://www.facebook.com/profile.php?id=728587883#!/event.php?eid=143519748998258

Informasi Menarik Seluruh Dunia